Tiada Ruang untuk Genosid: Soalan Lazim
Terima kasih atas penyertaan dan sokongan anda dalam kempen “No Room for Genocide” (Tiada Ruang untuk Genosid), yang diterajui pihak Jawatankuasa Kebangsaan BDS Palestin (Palestinian BDS National Committee) (BNC). Kempen yang dilancarkan pada Julai 2025 ini menyeru agar para rakan kongsi, sekutu dan penyokong di seluruh dunia kekal menegaskan betapa pentingnya bagi negara-negara untuk mematuhi tanggungjawab mereka di bawah undang-undang antarabangsa ke arah menamatkan persubahatan dan menegakkan akauntabiliti terhadap pembunuhan beramai-ramai, aparteid dan pendudukan haram oleh Israel. Ini termasuk kewajipan untuk memastikan mereka yang terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai, aparteid dan jenayah perang terhadap rakyat Palestin tidak diberi naungan selamat di negara-negara mereka. Baca seruan kita di sini.
Pelancaran kempen ini telah menghimpunkan pelbagai kempen yang bergerak rancak di seluruh dunia dalam satu usaha untuk mempertanggungjawabkan pelaku genosid dan penjenayah perang serta membina kesepakatan umum atas mesej ‘Haramkan Penjenayah Perang’ dan ‘Tiada Ruang untuk Genosid’’. Dapatkan kit peralatan kempen kami di sini.
Berikut disampaikan jawaban kami kepada beberapa soalan dan kebimbangan yang lazim diutarakan berkaitan dengan kempen ini:
Bagi pemilik perniagaan (hotel, inap desa, syarikat pelancongan, restoran, kafe, syarikat sukan trekking atau pengembaraan, pelayaran (cruises), dsb).
Sesuatu perniagaan atau individu tidak mempunyai cara untuk mengesahkan atau menafikan sama ada pelanggan mereka terlibat dalam jenayah kekejaman atau pelanggaran hak asasi manusia yang serius yang lain. Kuasa ini terletak pada pihak agensi dan mahkamah negara atau antarabangsa. Apa yang boleh dilakukan para individu dan perniagaan ialah untuk mewujudkan dasar-dasar dan garis panduan bagi premis perniagaan mereka bagi mengecam jenayah ini dan tidak memberi ruang kepada pelakunya (sebagaimana mereka lazimnya mempunyai dasar tidak bertoleransi terhadap tindakan perkauman atau keganasan). Ini seterusnya akan mewujudkan sebuah kesepakatan yang lebih meluas untuk akauntabiliti.
Tidak. Jawatankuasa Kebangsaan BDS Palestin (BNC) menyeru kebertanggungjawaban berdasarkan keterlibatan, bukan identiti. Ia adalah fakta yang terbukti secara dokumentasi bahawa pelaku pembunuhan beramai-ramai di Gaza termasuk mereka yang memiliki dwi-kewarganegaraan, selain menjadi askar upahan asing yang dikontrak oleh tentera Israel atau bertindak di bawah penyelarasan mereka.
Tidak. Dengan menafikan perkhidmatan dan naungan selamat kepada mereka yang disyaki melakukan pembunuhan beramai-ramai dan penjenayah perang sebagai satu langkah berwaspada, perniagaan anda akan menegakkan undang-undang antarabangsa. Soal diskriminasi tidak timbul dalam hal ini kerana dasar anda tidak menyasarkan mana-mana warga bangsa, etnik, agama atau kumpulan yang lain. Walaupun kami sentiasa menyarankan agar perkara sedemikian dirunding bersama dengan pakar undang-undang tempatan terlebih dahulu, persoalan di sini sebenarnya tertumpu pada soal bentuk dan bahasa yang sesuai untuk mesej anda, dan bukannya mesej itu sendiri.
Walaubagaimanapun begitu, terdapat kemungkinan bahawa penjenayah perang yang disyaki, pihak pelampau dan kumpulan pelobi mereka akan cuba mengancam tekanan ke atas perniagaan yang menegakkan dasar ini. Inilah sebabnya mengapa kami menyarankan pembinaan rangkaian dalam kalangan perniagaan yang berprihatin, kerana tindakan berkumpulan meningkatkan kekuatan dan mungkin juga menggalakkan insentif bagi penyuaraan solidariti oleh lebih ramai anggota perniagaan.
Tandatanganilah ikrar Sanctuaries of Peace (Naungan Keamanan) kami:
Pengesahan ikrar ini akan menghubungkan anda dengan kami dan perniagaan lain yang mengambil pendirian yang sama di seluruh dunia. Buat masa ini, ia hanya dikongsi secara tertutup, tetapi kami akan mengumumkan ikrar ini kepada orang ramai, berdasarkan persetujuan yang diperolehi terlebih dahulu daripada para penandatangan, sebaik sahaja lebih 200 tandatangan berjaya dikumpul. Penyertaan dalam rangkaian ‘Sanctuaries of Peace’ (SoP) akan memastikan anda akses kepada maklumat, sokongan dan menjadikan anda sebahagian daripada komuniti perniagaan beretika yang lebih meluas.
Bahasa teks ini berakar umbi pada rangka kerja hak asasi manusia sejagat dan menghubungkan solidariti bersama Palestin dengan nilai-nilai etika asasi yang lain, terutamanya yang berkaitan dengan sektor pelancongan dan hospitaliti, sekali gus membolehkan ekspresi solidariti bagi Palestin di samping mengintegrasikannya dengan wacana yang lebih luas. Bahasa ikrar ini telah dibangunkan dengan teliti bersama pakar undang-undang antarabangsa. Ia mempunyai pendekatan yang fleksibel kerana ia tidak mengharapkan perniagaan yang menyokong ikrar ini untuk mendedahkan diri mereka secara umum, dan bahasa ikrar ini juga bersifat meluas dan umum agar ia tidak tertumpu pada soal solidariti Palestin sahaja. Menandatangani ikrar ini tidak mewajibkan anda untuk mengumumkan sokongan anda kepada orang ramai.
Susulan hubungan permulaan kita sebaik sahaja anda sudah mengesahkan ikrar ini, kita boleh bekerjasama untuk meneroka langkah seterusnya, antaranya termasuk:
- Menyertai rangkaian Zon Bebas Aparteid (AFZ):
Jumlah bilangan anggota perniagaan hospitaliti dan pelancong kini kian meningkat untuk mendaftar sebagai ahli lingkungan Zon Bebas Aparteid – iaitu ruang-ruang yang memutuskan kaitan mereka dengan penindasan Israel dan menyokong pergerakan BDS global yang dipimpin Palestin. Rangkaian AFZ global merangkumi ruang-ruang sosial, budaya dan komersial, kesatuan pekerja, institusi awam dan banyak lagi, seperti yang anda boleh lihat pada peta kami. - Sertailah rangkaian perniagaan hospitaliti di rantau anda:
Kumpulan-kumpulan seperti ‘Hosts for Palestine’ sedang bergerak sebagai hos Airbnb untuk memberi tekanan kepada syarikat tersebut bagi menamatkan penglibatan dalam projek penempatan haram Israel. Ini adalah salah satu contoh rangkaian khusus rantau dan syarikat, yang mana lebih banyak lagi sedang berkembang di seluruh dunia. Terdapat juga rangkaian dan koperasi berasaskan hospitaliti yang mempromosikan pelancongan beretika seperti Fairbnb dan Ecobnb. - Platform Booking.com / Airbnb:
Jika perniagaan anda berdaftar dengan pemonopoli pengutip dan pengantara maklumat serta platform korporat (“monopolistic corporate aggregators and platforms”) seperti Booking.com dan Airbnb yang mempunyai keterlibatan berterusan dalam jenayah perang Israel dan anda tidak boleh beralih kepada platform yang lebih beretika dalam masa terdekat, kami mengesyorkan menggunakan e-mel pengesahan selepas tempahan anda untuk menyatakan solidariti pro-Palestin anda. E-mel ini, yang biasanya menerangkan maklumat logistik dan peraturan rumah, boleh merangkumi mesej ringkas yang mengesahkan pendirian anda, yang akan mengalu-alukan tetamu daripada pelbagai latar belakang sambil menghalang penjenayah perang yang masih belum didakwa. Kami boleh kongsikan contoh kandungan e-mel bagi tujuan ini. - Permintaan penjelasan latar belakang diri:
Cari borang contoh yang meminta penjelasan latar belakang tetamu dalam kit peralatan kami, untuk memastikan mereka tidak terlibat dalam melakukan jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan atau genosid. Ia telah disediakan dan dipopularkan oleh Wind Villa, sebuah hostel di Kyoto, Jepun.
Kami boleh menyokong pertubuhan-pertubuhan yang menyatakan solidariti mereka melalui media dan/atau hasil keluaran media sosial, di samping membantu anda untuk berhubung dengan perniagaan yang mengambil pendirian serupa. Anda juga dialu-alukan untuk menggunakan logo kempen dan/atau memilih pelekat/sepanduk daripada koleksi karya seni kempen-kempen yang sedang berkembang.
Kami juga ingin mengetengahkan hakikat bahawa premis hospitaliti yang telah menyuarakan pendirian mereka telah menerima banyak ulasan positif KERANA pendirian mereka dan terdapat juga pelanggan yang datang khusus kepada mereka kerana mereka ingin tinggal di premis yang tidak menerima penjenayah perang dan genosida sebagai tetamu.
Pergerakan BDS bekerjasama dengan rakan kongsi dalam strategi yang mengambil kira dinamik tempatan berbanding ‘Blanket calls’. Kami mengiktiraf dinamik kuasa dalam industri hospitaliti, terutamanya cara bagaimana platform korporat seperti Airbnb dan Booking.com mengawal akses dan jangkauan untuk hotel dan B&B. Kami menyeru para pengembara untuk melaksanakan tekanan ke atas syarikat-syarikat ini, dan memboikotnya apabila mereka boleh. Walaubagaimanapun begitu, apabila ia melibatkan pihak perniagaan, kami menggalakkan anda untuk bergerak bersama perniagaan lain untuk menekan platform ini bagi menamatkan keterlibatan mereka serta menahan diri daripada membalas dendam terhadap pertubuhan dan pekerja mereka yang menyatakan solidariti bersama Palestin dan menegakkan undang-undang antarabangsa.
Sila terokai kit peralatan kempen Tiada Ruang untuk Genosid kami untuk mendapatkan lebih banyak lagi idea dan maklumat.